Dengan musim perayaan yang semakin hampir, kebanyakan perniagaan bersiap sedia untuk waktu yang paling menguntungkan tahun ini. Merangka strategi pemasaran yang efektif adalah kunci untuk merakam semangat perayaan dan meningkatkan jualan. Di Borong Marketplace, kita telah menyediakan sebuah artikel yang membolehkan anda untuk belajar lima strategi pemasaran musim perayaan yang mampu meningkatkan jualan perniagaan anda.

1.  Kegunaan Optimum Kata Kunci SEO Perayaan

Langkah pertama untuk membuat perniagaan anda memikat pembeli musim ini adalah dengan menjadikan perniagaan anda lebih senang dicari oleh mereka. Optimumkan kehadiran dalam talian anda dengan mengunakan kata kunci bertema perayaan seperti “diskaun perayaan”, “tawaran perayaan” dan “hadiah musim terkini” di laman web, media sosial dan bahan pemasaran, demi memastikan produk anda sejajar dengan carian popular perayaan.

2.  Reka Bundle Khas Perayaan

Jadi lain daripada yang lain dengan menawarkan bundle khas perayaan yang ekslusif. Reka pakej yang sesuai dengan semangat perayaan sebagai “Set Gempak Raya” atau “Bundle Buffet Raya”. Jika anda perlukan bantuan mencari sumber barangan untuk bundle bertema perayaan, pertimbangkan Borong Marketplace sebagai sumber anda dengan pelbagai jenis produk dari pembekal yang sah.

3.  Promosi Tawaran Masa Terhad

Wujudkan rasa mendesak dengan tawaran masa terhad. Taktik ini mampu menghebohkan jualan kilat, diskaun 24-jam ataupun promo istimewa  untuk pembeli terawal untuk platform anda. Sekiranya perniagaan B2B anda menyasarkan perniagaan runcit, ambil kesempatan ini untuk menggunakan Borong Direct bagi berhubung terus dengan rangkaian peruncit yang luas, cipta perkongsian jangka panjang dan harga yang kompetitif.

4.  Jalankan Kempen Media Sosial

Kempen media sosial bertema perayaan terkini mampu menambahkan sentuhan peribadi kepada strategi pemasaran anda. Manfaatkan platform seperti Instagram, Facebook dan Tiktok bagi melaksanakan kempen dan pertandingan yang mempamerkan sorotan produk perayaan.

5.  Gabungan Kandungan Janaan Pengguna

Galakkan pelanggan untuk berkongsi pembelian perayaan mereka melalui kandungan janaan pengguna (lebih dikenali sebagai ‘user-generated content’ [UGC]). Tawarkan insentif (seperti baucer atau muat naik kandungan pelanggan) kepada mereka yang berkongsi foto atau video produk anda dalam suasana perayaan untuk mewujudkan kesedaran jenama dan penglibatan komuniti yang lebih luas.

Akhir Kata

Letakkan sentuhan kreatif dan intipati jenama anda ke dalam strategi pemasaran ini demi mengoptimumkan peluang anda untuk menaikkan jualan, kesedaran jenama dan kesetiaan pelanggan.

Ingin lebih memahami perniagaan dan pemasaran, nantikan artikel kami yang akan datang!


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *