Dengan tahun 2024, kebanyakan orang akan membentuk matlamat dan resolusi peribadi yang boleh dipenuhi melalui dunia dinamik industry kesihatan dan kecantikan. Tahun ini, satu perkara yang pasti; tumpuan adalah untuk menerima industri yang semula jadi, dipacu teknologi dan inklusif. Dalam artikel ini, kami mendalami trend penting untuk dijangkalkan pada tahun akan datang.

 

  1. Kekal Semula Jadi: Memahami Kecantikan Melalui Minimalisme

Pada tahun 2024, mantera “kurang adalah lebih” (less is more) apabila bercakap tentang kecantikan. Pengguna telah mula beralih kepada rutin kecantikan semula jadi dan minimalis, mengutamakan produk dengan bahan yang bersih dan pembungkusan yang mampan. Permintaan produk kecantikan kosmetik dan penjagaan kulit  yang memelihara kecantikan semula jadi tanpa bahan tambahan berbahaya semakin meningkat.

 

  1. Solusi Kecergasan Dipacu Teknologi: Senaman Diperibadikan dan Aplikasi Pemantauan Kesihatan

Persimpangan teknologi dan kesihatan akan menjadi tumpuan utama untuk tahun 2024. Rutin senaman yang diperibadikan dan aplikasi pemantauan kesihatan merevolusikan cara individu mendekati diri dengan kesejahteraan mereka. Dengan keadaan sedemikian, daripada jurulatih kecergasan maya dan aplikasi log aktiviti fisikal dan nutrisi, penyelesaian dipacu teknologi memperkasakan orang ramai untuk mengawal perjalanan kesihatan dan kecergasaan mereka.

 

  1. Ritual Kesihatan Mental: Pendekatan Holistik kepada Kesihatan dan Kesejahteraan

2024 menekankan kepentingan kesihatan mental sebagai sebahagian kesejahteraan tubuh badan. Aplikasi kesihatan mental kian meluas, setakat itu kerajaan juga telah melancarkan aplikasi MyMinda, saringan kesihatan mental kendiri. Antara faedahnya ialah menyediakan individu dengan alat untuk menguruskan tekanan, memperelokkan waktu tidur, dan meningkatkan kesejahteraan mereka secara menyeluruh. Amalan ini  juga memerlukan produk penjagaan diri yang mampan, menggalakan pengguna untuk berwaspada dan mengambil berat tentang pembelian mereka.

  1. Kecantikan Inklusif: Meraikan Kepelbagaian dalam Produk

Kebelakangan ini, kebanyakan produk kosmetik jenama terkenal seperti Fenty Beauty dan MAC Cosmetics meraikan kepelbagaian dalam tona warna dan jenis kulit sebagai fokus mereka. Jenama produk kecantikan kini sedang meluaskan rangkaian produk mereka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna demi memastikan orang ramai berasa diwakili dan disertakan.

 

Akhir Kata:

Memandangkan trend ini bermula pada tahun 2024, adalah penting bagi peruncit untuk terus berada di hadapan dengan memastikan rak mereka dipenuhi dengan barangan terkini yang sepadan dengan keperluan pelanggan mereka.. Borong Marketplace membolehkan peruncit memperolehi rangkaian produk daripada pembekal yang disahkan, serta kemudahan penghantaran produk ke depan pintu mereka.

Ingin mengetahui lebih lanjut? Jom sembang!

Categories: BM Articles

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *