Trend akan berubah dari masa ke semasa dan mempengaruhi tabiat membeli-belah pengguna. Perkara yang sama berlaku pada tahun 2021, di mana pandemik Covid-19 menyebabkan beberapa produk tertentu lebih laris daripada yang lain.

Barangan seperti makanan beku dan produk kesihatan peribadi sangat laris kerana mereka menyediakan penyelesaian untuk pengguna semasa Covid-19. Tetapi persoalannya ialah, adakah trend ini mempunyai jangka hayat yang panjang?

Masa depan tidak menentu kerana varian baharu virus terus menyukarkan keadaan di negara ini. Sukar untuk meramalkan produk apa dan berapa banyak yang anda perlu simpan pada masa ini kerana trend sentiasa berubah.

Disebabkan ini, kami telah mengumpulkan produk terbaik pada tahun 2021 yang menunjukkan jangka hayat terbaik di Dropee, supaya anda boleh membeli item yang pasti boleh dijual.

Berikut adalah produk terlaris dari tahun lepas dan apa yang menanti kita pada tahun 2022!

Produk Terbaik 2021

Makanan Beku

Antara kategori produk terlaris pada tahun 2021 ialah makanan beku. Ini bukan trend baharu – makanan beku adalah salah satu kategori yang paling banyak meningkat dalam jualan sejak wabak Covid-19 bermula. 

Peruncit dan pengguna hari ini masih menghadapi gangguan rantaian bekalan kerana tiada siapa tahu bila virus Covid-19 mungkin menyerang. Jika terdapat kes komuniti atau satu wilayah diberi perintah berkurung, penghantaran stok akan ditangguhkan sehingga beberapa minggu.

Untuk memastikan bekalan sentiasa ada, makanan beku adalah pilihan paling selamat untuk peruncit dan pengguna. Pengguna juga dapat menjimatkan masa apabila menyediakan makanan. Produk seperti Kawan Sweet Potato Balls sangat popular kerana pengguna perlukan makanan yang cepat dan mudah disediakan di rumah.

Penjual F&B juga bergantung kepada makanan beku untuk terus menjual produk bermusim sepanjang tahun. Produk seperti buah-buahan bermusim beku paling laris di Dropee atas sebab ini.

Air Botol

Kekurangan air botol merupakan isu besar pada tahun 2020, ketika pembelian panik masih berleluasa. Tetapi jualan air botol kini sudah stabil.

Di Malaysia, air paip perlu ditapis atau direbus untuk selamat diminum. Air yang ditapis atau direbus dihidangkan di restoran dan dispenser air biasanya disediakan di pejabat. Walau bagaimanapun, ramai pengguna memilih air botol. Air botol lebih selamat kerana ia ditutup, ia boleh dipakai buang, dan pengguna tidak perlu menyentuh barang lain seperti gelas air di kedai atau dispenser air.

Beberapa jenama air botol merupakan produk terbaik di Dropee pada tahun 2021. Ini menunjukkan bahawa pengguna mahukan beberapa jenis air botol, dan mempunyai pilihan yang berbeza untuk kami memenuhi. 

Penjualan untuk air botol berkemungkinan akan bertahan kuat selagi wabak Covid-19 masih ada kerana ia memberikan pengguna keyakinan dalam masa kritikal ini.

Bekalan Kedai Makan

F&B merupakan salah satu segmen yang paling teruk terjejas tahun lepas ketika Malaysia berada dalam perintah berkurung. Tetapi, perniagaan F&B dan kedai makan kini dibenarkan berjalan seperti biasa. Lebih banyak gerai makanan dan kedai makan telah dibuka, termasuk perniagaan baru yang bermula di rumah.

Jualan F&B akhirnya meningkat semula di hujung tahun 2021. Memandangkan industri ini semakin pulih, terdapat peningkatan untuk jualan bekalan F&B borong, terutamanya bahan perasa dan bekas bungkus makanan.

Antara produk terbaik pada tahun 2021 di Dropee adalah sos cili dan barbeku Kimball.

Lotus Biscoff

IMemang tidak dinafikan, Lotus Biscoff ialah perisa yang paling laris pada masa ini. Biskut karamel tersebut merupakan pilihan utama kafe dan kedai roti di Malaysia. PKP telah menyumbang kepada populariti Lotus Biscoff kerana pengguna di rumah banyak bereksperimen dengan produk ini untuk membuat kek, pastri dan banyak lagi.

Produk terbaik 2021

Kredit gambar: Inside Scoop

Perniagaan F&B juga ikut sekali. Ramai yang telah menambah item berperisa Lotus Biscoff ke dalam menu mereka seperti Lotus Biscoff Bombolini di Sugar & I, Lotus Biscoff Latte di Burrow KL dan kek aiskrim di Inside Scoop. Pelbagai produk berperisa Lotus Biscoff yang terdapat di pasaran kini menunjukkan bahawa pengguna masih gemar dengan perisa tersebut.

Perkara yang sama berlaku kepada Dropee, di mana biskut, taburan dan topping Lotus Biscoff adala antara produk terbaik 2021.

Kesihatan Peribadi

Antara kategori produk yang mendapat permintaan tertinggi ketika Covid-19 adalah kesihatan peribadi. Produk seperti pelitup muka kini wajib dipakai di khalayak ramai. Selain itu, pengguna secara amnya menjadi lebih sedar tentang kesihatan mereka dalam krisis ini, yang menyumbang kepada penjualan sanitiser, pembasmi kuman dan makanan tambahan kesihatan.

Satu lagi produk terbaik 2021 yang jualannya dipengaruhi oleh wabak Covid-19 ialah tisu tandas. Walaupun tenaga kerja Malaysia dibenarkan kembali bekerja pada kapasiti penuh sekarang, ramai yang memilih untuk terus bekerja dari rumah. Disebabkan ini, tisu tandas pengguna cepat terjual berbanding dengan yang komersial.

Di Dropee, tisu tandas adalah produk terlaris dalam kategori kesihatan peribadi, bersama dengan semburan pembersih permukaan. Pejabat dan pengguna yang bekerja dari rumah memerlukan semburan sanitasi untuk memastikan persekitaran kerja mereka bersih dan mengekang penyebaran virus.

Apa yang Dijangkakan Pada 2022?

Walaupun wabak Covid-19 semakin berlarut, jualan runcit Malaysia dijangka berkembang 6% pada tahun 2022. Setelah kedai, restoran dan pusat hiburan dibuka semula secara perlahan, perniagaan tersebut boleh mengatasi cabaran tahun 2021.

Anda perlu sentiasa memantau pilihan produk anda dan memilih strategi yang sesuai dengan tingkah laku serta pilihan pengguna semasa, termasuk membeli stok produk yang betul.

Pergi ke Dropee sekarang untuk mendapatkan stok produk yang pelanggan anda ingin beli!


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *