Tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk memulakan bisnes online di Malaysia. Sejak Covid-19, banyak perniagaan telah beralih ke e-dagang kerana kedai dan pejabat tutup semasa PKP.
Semakin banyak perniagaan terpaksa mencari saluran lain dan telah berhijrah ke landskap digital. Bisnes yang tidak pernah menceburkan diri dalam e-dagang juga terpaksa melakukannya. Walaupun memulakan bisnes online mencabar, perniagaan digital dapat berkembang lebih cepat daripada perniagaan offline.
Tambahan pula, trafik online telah meningkat dengan ketara selama beberapa bulan dalam PKP. Sebelum ini, banyak syarikat menghadapi kesukaran untuk menarik pelanggan dalam talian kerana 70% rakyat Malaysia masih memilih untuk membeli terus dari kedai. Namun, apabila mereka tidak lagi dapat membeli dari kedai, mereka terpaksa membeli-belah online.
Pasaran online sedang berkembang dengan pesat, dan kini menawarkan peluang untuk pengusaha baru.
Untuk membantu anda, kami telah menyediakan panduan memulakan bisnes online di Malaysia yang dibahagikan kepada tiga bahagian: merancang, membina dan menjalankan!
Panduan Permulaan Bisnes Online di Malaysia
Tidak ada formula tetap untuk memulakan bisnes online di Malaysia. Walau bagaimanapun, anda patut menyediakan senarai semak sebagai rujukan.
Bahagian 1: Buat Rancangan Bisnes Online
Rancangan perniagaan yang kukuh sangat mustahak. Menetapkan matlamat tanpa rancangan yang kukuh akan melambatkan keadaan dan membawa kerugian.
Dalam bahagian ini, anda akan belajar bagaimana memulakan rancangan perniagaan anda. Ia juga akan membantu anda menggambarkan operasi harian dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan.
1. Bersedia Untuk Berniaga
Langkah pertama adalah memahami bagaimana perniagaan anda akan berfungsi. Ini bermaksud:
- Memahami selok-belok model perniagaan.
- Ketahui pelbagai fungsi dalam syarikat yang menggalakkan keuntungan dan aliran tunai.
- Belajar tentang pelbagai jenis model perniagaan e-dagang.
- Pilih model perniagaan yang paling sesuai dengan idea anda.
- Berfikir secara kreatif untuk mencari peluang dan ancaman di pasaran.
‘The Business Model Canvas’ adalah alat yang hebat untuk membantu anda mebina rancangan. Dicipta oleh Alexander Osterwalder, kanvas ini membahagikan rancangan perniagaan kepada sembilan bahagian termasuk infrastruktur, tawaran nilai (value propositions), pelanggan dan kewangan.
Dengan templat ini, anda akan dapat bayangkan bisnes online anda, memahami tawaran nilai (value propositions) dan pelanggan sasaran anda, serta bagaimana perniagaan anda akan menjana keuntungan. Muat turun templat Business Model Canvas di sini dan mulakan rancangan anda!
2. Rancang Operasi
Bahagian ini menunjukkann bagaimana perniagaan anda akan beroperasi untuk memenuhi matlamat yang telah ditetapkan. Rancangan operasi mengandungi butiran tugas harian yang akan anda laksanakan serta modal dan perbelanjaan yang diperlukan. Kami telah menyusun senarai semak operasi untuk bisnes online untuk membantu anda menganggarkan kos.
3. Dapatkan Teknologi yang Sesuai untuk Perniagaan Anda
Teknologi yang tepat akan mendorong kecekapan perniagaan anda. Anda harus memilih teknologi yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan bisnes online anda dan tidak akan membazirkan sumber daya. Teknologi yang trendy memang menarik, tetapi anda harus memilih teknologi yang memenuhi keperluan khusus perniagaan anda.
Mulakan koleksi asas anda dengan ini:
- Peralatan: Komputer, monitor, smartphone
- Akses ke internet
- Akaun media sosial: LinkedIn, Facebook, Instagram
- E-mel
- Kedai online
- Perisian: Pengurusan inventori, perkhidmatan e-dagang
Bahagian 2: Bina Bisnes Online Anda
Masa untuk melaksanakan rancangan anda sudah tiba. Anda harus memutuskan jenis kedai online dan ciri-ciri yang bisnes anda akan tawarkan untuk pengalaman pelanggan terbaik.
1. Pilih Kedai Online
Apabila membina kedai online, anda mempunyai dua pilihan – self-hosted (dihoskan sendiri) atau software as a service (perisian sebagai perkhidmatan).
Pilihan anda akan menentukan:
- Carta organisasi anda
- Tahap penyelenggaraan yang perlu dikendalikan
- Berapa banyak sumber yang akan anda laburkan.
Anda juga perlu pertimbangkan bajet, saiz bisnes dan kehendak khusus perniagaan apabila memilih jenis kedai online.
Platform SaaS sesuai untuk bisnes baru kerana kosnya rendah, dan ia memberi peluang kepada peniaga untuk fokus pada aspek lain yang mendorong pendapatan perniagaan. Oleh kerana SaaS tidak memerlukan penyelenggaraan, anda tidak memerlukan kakitangan yang besar untuk beroperasi. Pada masa yang sama, tiada tekanan untuk sentiasa memperbaiki dan mengembangkan kedai online kerana penyedia SaaS akan melakukannya untuk anda.
Semasa memilih kedai online, anda patut mencari ciri-ciri ini:
- Serasi dengan smartphone atau tablet
- Sesuai dengan media sosial
- Integrasi dengan pasaran yang kukuh (11street, Lazada, Lelong)
- Mempunyai payment gateway atau gerbang pembayaran (PayPal, MolPay, iPay88)
2. Sediakan Gerbang Pembayaran
Gerbang pembayaran atau payment gateway adalah portal untuk kedai online menerima pembayaran melalui kad debit atau kad kredit dari pelanggan mereka. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa memilih gerbang pembayaran, termasuk yuran pembayaran, jumlah transaksi maksimum, penerimaan mata wang asing, keselamatan, kebolehpercayaan dan sokongan teknikal.
Seperti yang ditunjukkan di atas, yuran pembayaran untuk gerbang pembayaran berbeza-beza. Walaupun ada yang tidak mengenakan pembayaran awal, yuran transaksi mereka pula lebih tinggi. Faktor lain seperti keselamatan dan kebolehpercayaan juga harus dipertimbangkan kerana anda boleh kehilangan pelanggan jika sistem pembayaran anda tidak cekap.
Pembayaran yang menyokong aplikasi e-wallet seperti Boost, Touch & Go dan GrabPay juga bermanfaat untuk bisnes anda. Penggunaan e-wallet di Malaysia meningkat 40% tahun lepas, mungkin kerana pengguna tidak perlu bersentuhan, lalu dapat mengelak berjangkit dengan Covid-19. Anda akan menarik kumpulan pelanggan ini dengan menawarkan e-wallet.
3. Proses Pemenuhan Pesanan
Proses pemenuhan pesanan bermula setelah pelanggan telah menyelesaikan pesanan dan pembayaran. Peniaga tidak patut ambil mudah strategi pemenuhan pesanan kerana ia boleh menjejaskan keuntungan. Ini kerana pelanggan tidak suka menunggu dan akan memilih syarikat yang boleh memenuhi kehendak mereka dengan pantas.
Terdapat dua model pemenuhan pesanan yang boleh anda pilih:
- Self-fulfilment (pemenuhan sendiri)
- Third party fulfilment (pemenuhan pihak ketiga)
Semasa memilih model pemenuhan, anda harus pertimbangkan jenis produk, anggaran jumlah pesanan dan jika anda mampu untuk memenuhi pesanan sendiri.
Perniagaan baru biasanya bermula dengan model pemenuhan sendiri, kebanyakannya dari kediaman masing-masing.
Model ini mengambil masa lebih banyak tetapi ia lebih murah daripada alternatif lain. Anda juga dapat mengatasi masalah dengan mudah kerana anda mempunyai kawalan penuh terhadap inventori dan proses penghantaran.
Namun, pemenuhan sendiri akan menjadi semakin mahal apabila perniagaan berkembang. Bila tiba masanya, anda boleh memilih untuk terus memenuhi pesanan sendiri dengan membina infrastruktur atau cuba pemenuhan parti ketiga.
Dengan pihak ketiga, syarikat tidak perlu membina infrastruktur pemenuhan untuk jumlah pesanan yang semakin meningkat. Ini kerana 3PL sudah dilengkapi dengan infrastruktur dan kepakaran logistik untuk menangani jumlah pesanan yang besar.
3PL juga dapat memperoleh harga yang lebih baik untuk penghantaran pukal kerana mereka sentiasa mempunyai jumlah pesanan yang besar dari syarikat yang berlainan. Pilih pasangan 3PL untuk elak menjejaskan kualiti pemenuhan apabila perniagaan anda semakin membesar.
4. Sediakan Konten
Anda harus mengisi kedai online anda dengan konten yang bagus kerana ia akan meningkatkan penjualan.
Pelanggan memerlukan lebih banyak maklumat ketika membeli belah. Oleh itu, konten di kedai online harus penuh dengan maklumat yang menarik. Pastikan konten anda juga dioptimumkan untuk enjin carian supaya mudah untuk dicari!
Konten yang perlu diseadakan:
- Mengenai perniagaan anda: Pendaftaran, maklumat hubungan dan nilai-nilai anda
- Maklumat produk: Foto yang menarik dan penerangan yang lengkap
- Terma dan syarat
- Kaedah pesanan dan pembayaran
- Testimoni pelanggan
Bahagian 3: Jalankan Bisnes Online yang Berjaya
Apabila lebih banyak perniagaan berpindah online, persaingan semakin meningkat dan jualan mudah terjejas. Atas sebab ini, strategi pemasaran digital yang mantap sangat penting untuk bisnes online yang berjaya.
1. Menarik & Mencorongkan Pelanggan
Corong penjualan menunjukkan perjalanan pelanggan dalam proses pembelian dan membantu anda memahami kelemahan taktik pemasaran anda. Jika anda mempunyai bisnes online, anda harus memasarkan produk anda secara digital melalui saluran yang berlainan, sama ada iklan atau siaran media sosial.
Mempunyai saluran yang banyak menjadikannya sukar untuk menentukan di mana taktik pemasaran anda kekurangan. Anda harus memahami di mana pelanggan anda berada dalam perjalanan pembeli berdasarkan konten yang mereka berinteraksi, untuk menyelesaikan masalah ini dan menggalakkan mereka melalui corong penjualan dengan lebih cepat.
Tujuan di sini adalah untuk mengenal pasti dimana pelanggan anda berada di corong penjualan dan menganalisis mengapa mereka tidak maju. Sebagai contoh, pelanggan yang masih dalam fasa pertimbangan mungkin tidak mempunyai cukup maklumat untuk membuat keputusan mereka.
Dalam kes ini, anda harus menyediakan konten yang lebih bermaklumat untuk meyakinkan mereka.
Sama ada konten anda tidak berkesan, masa tindak balas lambat, atau terdapat masalah dalam proses pesanan, corong penjualan akan membantu anda mengesan ketidakcekapan pada setiap fasa perjalanan pembeli agar anda dapat memperbaikinya dengan cepat.
2. Tutup Penjualan & Memenuhi Pesanan
Setelah anda menyelesaikan masalah dalam perjalanan pembeli, anda mungkin akan mendapat jualan.. Tetapi, pemenuhan pesanan yang berkesan selepas penjualan akan menentukan sama ada pelanggan akan membeli dari anda lagi.
Berikut adalah amalan terbaik pemenuhan pesanan untuk memastikan pelanggan anda kembali:
- Sahkan pembayaran pelanggan sebelum penghantaran.
- Pembungkusan berkualiti.
- Penghantaran dalam masa 3 hari bekerja.
- Dapatkan testimoni dalam masa 5 hari.
- Sentiasa maklumkan status pesanan kepada pelanggan.
- Urus jangkaan pelanggan.
Pelanggan yang berpuas hati lebih cenderung mengesyorkan bisnes online anda kepada orang lain. Ini adalah peluang terbaik untuk meminta testimoni yang dapat digunakan dalam strategi pemasaran.
Untuk dapatkan maklum balas terbaik, ikuti senarai DOs and DON’Ts ini.
Mulakan Perjalanan B2B Anda dengan Dropee
Bukan senang untuk memulakan bisnes online. Tetapi dengan rancangan yang kukuh, anda akan lebih bersedia menghadapi sebarang masalah.
Ingin memulakan bisnes online di Malaysia? Dropee adalah penyelesaian e-dagang yang menyediakan platform perniagaan B2B untuk anda menjual online melalui pasaran kami, serta mengurus pelanggan dan inventori dengan cekap.
Hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi percuma dan ketahui bagaimana Dropee boleh membantu anda membina bisnes online!
0 Comments