Strategi Pembekal Tunggal dan Pelbagai Pembekal; Apa Beza Nya?

Impak kejayaan bisnes mikro, kecil, atau sederhana (MSME) bergantung kepada pembekal. Pengaruh pembekal bukan sahaja kepada keperluan pelanggan, tetapi juga keupayaan menentukan harga produk yang boleh dikenakan. Dengan pengaruh seperti itu, adakah anda harus bergantung pada satu atau mempunyai beberapa pembekal?

Pemilihan pembekal yang betul merupakan strategi yang mampu mempengaruhi cara operasi bisnes anda. Berurusan dengan pembekal tunggal menjimatkan sumber anda dan membantu anda mengukuhkan perhubungan dengan pembekal. Walau bagaimanapun, jika timbul sebarang masalah antara anda dan pembekal ia akan memberi kesan kepada inventori anda dan mengancam bisnes anda. Namun, berurusan dengan pelbagai pembekal dapat memberi anda lebih banyak pilihan dan fleksibiliti tetapi ia memerlukan lebih masa dan usaha untuk diuruskan. 

Setiap bisnes adalah unik, jadi satu strategi mungkin berfungsi lebih baik daripada yang lain. Dalam panduan ini, anda akan belajar apa itu strategi pembekal. Kemudian, anda akan menemui kelebihan dan kelemahan strategi pembekal tunggal dan pembekal pelbagai untuk memutuskan apa yang terbaik.

Mari kita mula.

Apakah Strategi Pembekal?

Sebelum artikel ini menyelami lebih dalam tentang topik strategi pembekal tunggal berbanding pelbagai pembekal, adalah penting untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘strategi pembekal’ pada permulaan.

Kadang-kadang dipanggil strategi vendor, strategi pembekal hanyalah cara bagaimana anda membuat perancangan untuk menguruskan pembekal bagi bisnes kecil anda. 

Cara pengurusan pembekal yang strategik adalah seperti:

  • Bagaimana anda memilih pembekal untuk urusan beli
  • Produk mana yang anda beli dari setiap pembekal
  • Berapa banyak dan berapa kerap anda memesan dari pembekal-pembekal itu
  • Terma pembayaran dan penghantaran
  • Dan banyak lagi

Dalam perusahaan mikro, kecil, atau sederhana (MSME), anda tidak perlu risau jika anda mungkin tidak mempunyai strategi pembekal formal atau kompleks. Apa yang penting adalah anda mempunyai cara menguruskan pembekal yang bersesuaian dengan bisnes anda.

Namun, terdapat satu bahagian daripada strategi pembekal yang ramai pemilik bisnes tidak begitu pasti, iaitu: bisnes harus bergantung pada strategi pembekal tunggal atau pelbagai pembekal?

Dalam bahagian seterusnya, kami akan menyelami lebih dalam tentang perbezaan antara kedua-dua cara tersebut.

Bagaimana Cara Pembekal Tunggal Berfungsi?

Untuk membandingkan kedua-dua strategi, kita mulakan dengan strategi pembekal tunggal. Seperti namanya, strategi ini melibatkan membeli produk pilihan anda daripada hanya satu pembekal.

Cara pembekal tunggal menjadikan sesuatu yang sangat jelas dan mudah difahami untuk bisnes anda. Selain itu, ia dapat mengurangkan tekanan yang anda perlu hadapi ketika memesan stok yang diperlukan.

Namun, anda akan segera mengetahui bahawa memilih cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Mari kita lihat lebih dalam apa yang ditawarkan oleh strategi ini kepada bisnes anda.

Kelebihan Penggunaan Strategi Pembekal Tunggal

Berikut adalah kelebihan atau manfaat yang anda boleh jangkakan daripada cara pembekal tunggal untuk bisnes anda:

  • Membina hubungan yang lebih kukuh: Kelebihan pertama membeli hanya dari satu pembekal ialah anda akan membina hubungan yang kukuh dengan mereka dari masa ke semasa. Pekerja anda dan juga pekerja mereka akan lama-lama biasa berurusan sesama mereka dan bekerjasama dengan lancar, memudahkan segalanya.
  • Dapat tawaran yang lebih baik: Membina hubungan yang kukuh membolehkan anda berunding dengan lebih baik dengan mereka. Tawaran dari mereka akan lebih baik sepanjang hubungan bisnes anda.
  • Jimat masa dan usaha: Strategi pembekal tunggal akan menjimatkan banyak masa dan usaha. Anda hanya perlu berurusan dengan satu pembekal ketika mengemukakan pesanan, memproses invois, dan membuat pembayaran.

Kekurangan Penggunaan Strategi Pembekal Tunggal

Secara am, setiap strategi mempunyai kelemahan. Berikut adalah apa yang perlu anda ketahui tentang strategi pembekal tunggal:

  • Gangguan bekalan: Malangnya, bergantung hanya pada satu pembekal akan mengakibatkan bisnes anda terlibat dengan gangguan bekalan. Itu adalah sesuatu yang banyak syarikat alami semasa pandemik beberapa tahun ini. Dengan kata lain, bisnes anda akan terjejas jika pembekal anda tidak dapat memenuhi pesanan anda atas apa jua sebab. 
  • Daya saing yang berkurangan: Strategi pembekal tunggal juga mengurangkan daya saing di kedua-dua pihak. Pertama, pembekal anda tidak perlu bersaing untuk bisnes anda dengan meningkatkan kos atau perkhidmatan mereka. Selain itu, daya saing harga anda juga bergantung pada harga apa sahaja yang anda dapatkan dari pembekal anda.
  • Bergantung terlalu banyak: Strategi pembekal tunggal boleh membuat bisnes anda terlalu bergantung pada orang lain. Apa sahaja yang berlaku dengan bisnes pembekal anda akan memberi kesan yang signifikan pada bisnes anda.

Apakah Strategi Pelbagai Pembekal?

Sebelum ini, anda telah membaca bahawa strategi pembekal tunggal mempunyai beberapa kelemahan yang seimbang manfaatnya. Itu sebabnya ramai pemilik bisnes kecil lebih suka diversifikasi pembekal, atau apa yang dikenali sebagai strategi pelbagai pembekal.

Strategi ini juga cukup mudah. Ini kerana ia bermaksud bergantung pada lebih daripada satu pembekal untuk penyediaan produk bagi bisnes anda. 

Sebagai contoh, untuk memudahkan anda memenuhi inventori bisnes anda dari pembekal, anda boleh menggunakan platform dalam talian seperti Dropee untuk membandingkan harga borong dan membeli dalam kuantiti besar dari beberapa pembekal.

Berikut adalah pandangan lebih dekat tentang yang baik dan yang buruk yang ditawarkan dari strategi ini.

Kelebihan Menggunakan Strategi Pelbagai Pembekal

Banyak bisnes kecil lebih suka strategi pelbagai pembekal kerana kelebihannya, seperti:

  • Penukaran mudah: Apabila anda menggunakan strategi pelbagai pembekal, anda boleh menukar antara pembekal yang berbeza pada bila-bila masa. Mari kita anggap Pembekal A dan Pembekal B mempunyai barang yang anda perlukan. Dalam kes itu, anda boleh menukar di antara mereka setiap bulan untuk memanfaatkan perubahan harga dan promosi khas mereka.
  • Menangani perubahan permintaan: Strategi pelbagai pembekal juga berguna untuk bisnes kecil untuk menangani tahap permintaan pelanggan yang sering berubah. Sebagai contoh, mempunyai lebih daripada satu pembekal membolehkan anda mengekalkan permintaan yang meningkat semasa Ramadan dan Hari Raya pada tahun 2023.
  • Kepastian bekalan: Akhirnya, strategi pelbagai pembekal memastikan bisnes anda mempunyai ‘kepastian bekalan’. Singkatnya, jika satu pembekal tidak dapat memenuhi pesanan anda, anda boleh segera beralih ke satu yang lain yang akan melakukannya. Dengan cara ini, anda akan mempunyai bekalan yang diperlukan untuk menjalankan bisnes anda dengan lancar.

Kekurangan Menggunakan Strategi Pelbagai Pembekal

Tiada yang sempurna dalam dunia ini, dan ia benar untuk strategi pembekal. Berikut adalah kelemahan yang perlu anda beri perhatian ketika memilih cara  ini:

  • Masa dan usaha yang lebih banyak: Ia bergantung kepada beberapa pembekal dalam senarai anda. Ingat: dengan setiap pembekal tambahan, ada lebih banyak dokumen, seperti invois, resit, dan sebagainya.
  • Hubungan yang kurang kukuh: Berbeza daripada bekerja dengan rapat bersama pembekal tunggal, pendekatan ini menjadikan lebih sukar untuk membina hubungan bisnes yang kukuh.
  • Kuasa tawar menawar yang kurang: Hubungan bisnes yang kukuh boleh menghasilkan kuasa tawar menawar yang lebih baik di mana kedua-dua pihak lebih selesa berurusan bersama. Walau bagaimanapun, keadaan seperti itu mungkin kurang terjadi jika ikut cara strategi pelbagai pembekal. 

Kesimpulannya: Adakah Bisnes Saya Harus Menggunakan Cara Pembekal Tunggal atau Pelbagai Pembekal?

Setelah membandingkan strategi pembekal tunggal dan pelbagai pembekal, yang mana harus anda pilih untuk bisnes anda? Malangnya, tiada penyelesaian yang sesuai untuk semua dalam hal ini. Dengan kata lain, ia bergantung pada keutamaan dan matlamat bisnes anda.

Sebagai contoh, pendekatan pembekal tunggal mungkin lebih baik jika anda menghargai hubungan bisnes yang kukuh dan tidak bimbang tentang gangguan bekalan.

Namun, marilah kita anggap anda memberi keutamaan fleksibiliti dan kebolehpercayaan di atas segalanya. Dalam kes ini, strategi pelbagai pembekal memastikan anda mempunyai banyak pilihan.


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *