Hari MSME Antarabangsa - 5 Cara Bisnes Kecil Boleh Saling Membantu
Hari MSME Antarabangsa yang dinanti-nantikan semakin hampir. Pada 27 Jun, bisnes mikro, kecil dan sederhana (MSME) akan diraikan bersama atas sumbangan mereka pada ekonomi negara. Ia juga sebagai peringatan yang baik kepada bisnes mikro, kecil, sederhana untuk saling menyokong antara satu sama lain.
Bisnes kecil boleh saling menyokong antara satu sama lain dengan menyertai komuniti bisnes lokal, beri komen positif dan rating kepada satu sama lain serta aktif melibatkan perniagaan dengan pemasaran perkongsian (partnership). Selain itu, mereka juga boleh memuat naik pos khas di media sosial untuk menarik perhatian perniagaan kegemaran mereka. Terakhir sekali, memberi sokongan kepada MSME secara langsung dengan melibatkan lebih banyak bisnes kecil dalam rantaian bekalan (supply chain).
Mempelajari cara menyokong bisnes kecil adalah satu langkah penting, terutamanya jika anda sendiri adalah sebahagian daripada MSME. Baca panduan ini untuk mengetahui 5 cara terbaik untuk menyokong pemilik bisnes kecil yang sejajar dengan Hari MSME Antarabangsa 2023.
Apakah Hari MSME Antarabangsa?
Jom ketahui tentang Hari MSME Antarabangsa dan pelajari mengapa ia penting bagi bisnes kecil di seluruh dunia. Ia akan membantu anda memahami kepentingan meraih peluang keemasan, dan secara tidak langsung anda akan lebih menghargai keistimewaan hari tersebut.
Hari MSME Antarabangsa dilangsungkan pada 27 Jun setiap tahun, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tujuannya adalah memberikan pengiktirafan kepada bisnes mikro, kecil, dan sederhana dalam konteks Agenda PBB 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan.
Selain itu, bisnes-bisnes yang telah memberikan sumbangan kepada ekonomi negara di seluruh dunia dapat diiktiraf melalui Hari MSME Antarabangsa. Sebagai contoh, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa 90% bisnes di dunia adalah MSME, yang menyumbang sehingga 50% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berskala global. Selain itu, MSME turut bertanggungjawab terhadap 70% pekerjaan di seluruh dunia.
Hari MSME Antarabangsa juga memberikan peluang kepada perniagaan lokal dalam pelbagai saiz untuk saling mengiktiraf sesama mereka. Ia peringatan yang baik bagi menunjukkan yang bisnes mikro, kecil, dan sederhana juga memberikan sumbangan yang besar kepada prestasi dan kejayaan sesama mereka.
Dalam bahagian seterusnya, anda akan mengetahui 5 cara terbaik untuk menyokong bisnes-bisnes kecil sebagai pengendali MSME semasa Hari MSME Antarabangsa yang akan datang dan sepanjang tahun.
5 Cara Bisnes Kecil Boleh Saling Membantu
- Sertai Komuniti MSME
Anda tidak perlu luangkan masa yang lama atau usaha ekstra untuk mencari bisnes kecil yang memerlukan sokongan. Mulakan pencarian dengan menyertai komuniti di kawasan lokal anda yang khusus untuk bisnes mikro, kecil dan sederhana. Komuniti-komuniti ini menyediakan banyak peluang bagi anda untuk membina hubungan (networking) dengan pemilik-pemilik bisnes lain di kawasan anda.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menyertai komuniti secara atas talian (online) melalui media sosial yang popular. Cari sahaja di platform seperti Facebook, dan anda akan jumpa kumpulan di kawasan lokal anda atau dalam industri yang sama.
Komuniti-komuniti ini menyediakan tempat bagi MSME untuk berkongsi pendapat dan bertukar idea. Jadi, sokongan anda boleh berbentuk nasihat atau tunjuk ajar kepada pemilik MSME lain yang sedang menghadapi cabaran yang sebelum ini anda sudah atasi.
Anda tidak jumpa komuniti yang bersesuaian?
Itu peluang hebat untuk memulakan komuniti anda sendiri! Sebagai contoh, anda boleh mengumpulkan MSME di kawasan lokal atau sektor anda untuk membina hubungan (networking) dan berkongsi idea.
- Reviu dan Penilaian (Rating) Positif
Bisnes kecil sering kali melakukan transaksi jual beli antara satu sama lain, terutamanya secara atas talian (online). Oleh itu, cara lain untuk menyokong bisnes kecil adalah dengan memberikan reviu dan penilaian (rating) positif setiap kali anda membuat pembelian.
Setiap maklum balas (feedback) dapat dibaca oleh orang ramai dan ia amat penting bagi imej peniaga. Ia membuktikan bahawa pembeli telah lalui pengalaman positif dengan bisnes kecil tersebut.
Hasilnya, reviu atau penilaian (rating) positif anda memberi dorongan kepada pembeli baru untuk berurusan dengan bisnes tersebut.
Sebagai contoh, anda boleh memberikan penilaian (rating) 5 bintang kepada pembekal yang anda beli dari platform Dropee. Sokongan yang kelihatan kecil ini sangat berharga kerana ia menggalakkan orang lain untuk membeli dari pembekal yang sama.
- Peluang Perkongsian Pemasaran (Marketing Partnerships)
Sokongan bersama antara MSME juga boleh melibatkan perkongsian pemasaran. Jika kedua-dua bisnes mempunyai hubungan yang baik, mengapa tidak bekerjasama dalam pemasaran juga?
Jenis kerjasama ini memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contoh, bisnes boleh terlibat dalam kolaborasi seperti:
- Kempen ‘Cross-Promotion’: Dua bisnes kecil boleh bekerjasama untuk menunjukkan bagaimana gabungan kekuatan unik mereka mampu beri faedah kepada pelanggan. Sebagai contoh, sebuah kedai kopi boleh mempamerkan barista terlatih menyediakan secawan kopi yang sedap dengan menggunakan biji kopi berkualiti tinggi daripada pembekal. Dengan itu, kedua-dua bisnes tersebut menunjukkan penghargaan bersama terhadap hasil produk yang dinikmati oleh pelanggan.
- Perkongsian Info Media Sosial: Jika ada MSME yang mempunyai persamaan dari segi barang perniagaan, mereka boleh bekerjasama untuk hasilkan info media sosial yang relevan. Sebagai contoh, banyak bisnes kecil akan memuat naik info Hari MSME Antarabangsa pada tahun 2023. Namun, bisnes-bisnes kecil boleh mengumpulkan sumber untuk rekaan dan memuat naik info yang sama khusus buat audien masing-masing.
- Bekerjasama Dalam Usaha Pembangunan Komuniti: Anda sudah ketahui bahawa salah satu cara untuk menyokong bisnes kecil adalah dengan menyertai komuniti lokal MSME secara atas talian (online) dan fizikal. Ini peluang untuk berkolaborasi dengan lebih banyak bisnes di luar sana dalam usaha pembangunan komuniti melalui sesi webinar, podcast, dan banyak lagi!
- Pos Penghargaan di Media Sosial
Antara salah satu sokongan yang bisnes-bisnes kecil boleh buat sesama mereka ialah dengan menghargai satu sama lain. Pos yang positif mengenai mereka di media sosial mampu memberi pandangan yang kewujudan bisnes mereka amat dihargai oleh ramai. Justeru, ia menarik perhatian pembeli untuk menyokong lebih banyak bisnes kecil di luar sana.
Hanya perlu beri pandangan baik dan positif terhadap bisnes kecil tersebut dan lebih lagi, tiada caj untuk setiap pos di media sosial!
- Penambahan Bisnes Kecil ke Rantaian Bekalan (Supply Chain)
Terakhir sekali, luaskan rantaian bekalan bisnes anda dengan lebih banyak bisnes kecil. Sokongan cara begini amat berkesan sebab pembelian bekalan dari bisnes mikro, kecil dan sederhana (MSME) secara langsung membantu bisnes mereka.
Anda juga boleh membekalkan produk atau perkhidmatan anda kepada bisnes yang serupa. Anda dapat menempatkan bisnes anda dalam persekitaran di mana MSME saling menyokong antara satu sama lain.
Cara yang mudah dan cepat adalah melalui Dropee yang menyediakan perkhidmatan di mana anda boleh pasarkan produk anda dan juga membeli dari pembekal lain. Bisnes anda dan juga bisnes kecil yang lain dapat membantu antara satu sama lain hanya dari satu platform.
Kesimpulan
Hari MSME Antarabangsa yang berlangsung pada 27 Jun adalah cara bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula mengiktiraf bisnes mikro, kecil, dan sederhana. Ia terus memberi peluang yang baik bagi bisnes-bisnes kecil untuk bekerjasama dan menghargai sesama mereka.
Melalui komuniti lokal MSME, bisnes-bisnes kecil boleh bertukar idea dan cari solusi untuk bisnes mereka. reviu dan penilaian (rating) yang positif dari pengalaman jual beli antara mereka juga menunjukkan kerjasama yang baik. Malahan, pos media sosial dan kolaborasi pemasaran juga membuktikan bisnes-bisnes kecil ada sokongan bersama.
Terakhir sekali, menambahkan lebih banyak bisnes kecil ke dalam rantai bekalan (supply chain) anda adalah cara yang baik untuk menyokong secara langsung. Membeli dan menjual di kalangan bisnes kecil di platform seperti Dropee dapat bantu bisnes kecil berkembang bersama-sama.
0 Comments