Hari Raya 2022 semakin dekat! Bulan Ramadan bermula pada April, dan tempoh ini amat penting untuk peruncit.
Raya tahun ini lebih istimewa kerana kemungkinan besar rakyat Malaysia akhirnya akan dapat menyambut Hari Raya 2022 tanpa sekatan Covid-19. Seluruh negara telah dikenakan perintah berkurung semasa raya sejak dua tahun lepas. Tetapi tahun ini, virus Covid-19 agak terkawal.
Apa-apa pun boleh berlaku, tetapi buat masa ini, kerajaan telah mengumkan rancangan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri dan mengadakan bazar Ramadan.
Hari Raya 2022 pasti akan disambut dengan meriah, dan peruncit perlu bersedia.
Produk yang Anda Perlu Stok untuk Hari Raya 2022
Pada setiap musim perayaan, pengguna lebih banyak berbelanja. Kebanyakan pengguna mula membeli-belah seawal sebelum bulan puasa, ketika umat Islam bersiap sedia untuk menyambut Ramadan. Ini berterusan sehingga sebulan selepas Hari Raya kerana sambutan biasanya masih berlangsung.
Untuk memanfaatkan sepenuhnya tempoh ini, peruncit harus menyimpan stok produk yang pelanggan inginkan. Antara produk yang pelanggan anda akan cari termasuk makanan popular di bulan puasa serta peralatan pembersihan.
Makanan Bulan Puasa
Berpuasa dua belas jam setiap hari selama sebulan sangat memenatkan untuk tubuh manusia. Disebabkan ini, pengguna perlu menjaga nutrisi dan mengisi tenaga dengan betul. Memakan makanan yang mempunyai kandungan serat, lemak dan karbohidrat yang tinggi akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Pengguna akan mencari makanan seperti ini di bulan puasa.
Kurma adalah antara makanan yang paling laris. Buah berserat tinggi ini sering dihidangkan untuk buka puasa dan ramai yang memakan kurma pada waktu sahur. Roti juga popular sebagai makanan yang cepat dan mudah untuk dihidangkan pada waktu sahur berbanding memasak nasi. Akhir sekali, peruncit perlu sediakan stok produk tenusu yang baik, seperti susu, yogurt atau keju.
Bahan Jamuan Hari Raya
Jamuan Hari Raya memang seronok untuk semua orang. Secara tradisi, seisi keluarga akan bekerjasama memasak untuk Hari Raya pertama bagi meningkatkan suasana perayaan. Pengguna akan memasak secara besar-besaran kerana mereka perlu meneydiakan banyak juadah untuk keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung.
Kebanyakan keluarga akan memasak rendang, lodeh, kuah kacang dan sambal goreng untuk dimakan bersama ketupat atau lemang. Oleh itu, anda perlu menyediakan inventori anda dengan bahan-bahan hidangan popular untuk meningkatkan jualan.
Minuman
Pengguna akan membeli pelbagai jenis minuman untuk dinikmati bersama juadah Hari Raya. Minuman ringan adalah minuman yang paling popuar, bersama-sama dengan minuman kordial seperti sirap dan sarsaparilla.
Tahun ini, jualan untuk air botol juga dijangkakan akan mengingkat. Dalam senarai produk teratas 2021 kami, kami mengesahkan populariti air botol – alternatif yang lebih baik kepada jag air atau dispenser. Kemungkinan besar, ramai pengguna akan membeli air botol untuk mengelakkan penularan Covid-19 ketika perayaan.
Makanan Ringan
Makanan ringan paling laris bukan sahaja kerika Hari Raya tetapi juga Ramadan. Ini kerana pengguna inging menebus sehari suntuk tidak makan pada bulan puasa, menyebabkan mereka sering makan makanan ringan pada waktu malam selepas berbuka.
Pada Hari Raya juga, snek seperti kerepek coklat, wafer dan gula-gula biasanya dihidangkan kepada tetamu selepas hidangan utama.
Produk Pembersihan
Satu lagi aktiviti yang akan dilakukan sebelum Hari Raya 2022 ialah pembersihan. Untuk menyediakan rumah untuk tetamu, kebanyakan keluarga akan bekerjasama untuk membersihkan dan mengemas rumah.
Peruncit harus bersedia dengan pelbagai produk pembersihan, seperti semburan, detergen dan juga alatan seperti tuala micro-fibre.
Idea Promosi Hari Raya 2022
Setiap perniagaan sedang bersiap sedia untuk Hari Raya 2022 kerana ramai yang ingin memanfaatkan peningkatan perbelanjaan pengguna. Tetapi, ini bermakna persaingan akan berada pada tahap tertinggi.
Berikut adalah langkah strategik yang anda boleh ambil musim ini untuk mempromosikan perniagaan anda dan membezakan diri anda daripada peruncit lain.
Menu Perayaan Istimewa
Yang ini adalah untuk peruncit F&B! Anda pasti tahu bahawa makanan amat penting di musim perayaan seperti Ramadan dan Hari Raya. Ia adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan dinikmati oleh pengguna setiap tahun. Jadi mengapa tidak menjadikannya lebih menarik untuk mereka?
Berikan pelanggan anda sesuatu yang baru dengan menu istimewa hanya untuk tempoh Ramadan-Raya.
Anda boleh melakukan ini dengan cara-cara berikut:
- Rancang bufet Ramadan pada hujung minggu.
- Buat set menu Ramadan untuk berbuka puasa.
- Hidangkan kurma dan kuih dalam hidangan yang dihidangkan sepanjang Ramadan.
- Tambah hidangan Raya tradisional ke dalam menu untuk masa yang terhad.
- Gabungkan perisa perayaan seperti kurma ke dalam pencuci mulut (contoh: Puding Kurma)
Tawaran eksklusif dan terhad seperti ini boleh menarik pelanggan dan meningkatkan menu biasa anda.
Pilih Masa yang Sesuai
Waktu perniagaan biasanya berubah semasa Ramadan kerana ramai pelanggan berpuasa sepanjang hari. Tetapi, mereka yang berpuasa berbuka pada waktu yang sama setiap petang. Perniagaan F&B menerima pelanggan paling ramai pada waktu buka puasa, lebih daripada biasa. Selain itu, pelanggan meminta peruncit F&B untuk terus membuka lebih lama supaya mereka boleh makan lewat malam dan sahur.
Untuk memanfaatkan perubahan tingkah laku pengguna, peruncit boleh membuat perubahan sementara pada waktu operasi mereka dan mengubah suai perkhidmatan yang ditawarkan.
Strategi yang perlu dipertimbangkan sebelum Ramadan:
- Buka lewat dan tutup kedai lebih lambat untuk menampung waktu puncak.
- Mula menghantar makanan awal untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa di rumah.
- Benarkan pelanggan memesan lebih awal untuk memastikan makanan mereka sampai tepat pada masanya.
- Sediakan sistem untuk menyelaraskan penghantaran untuk pesanan dan prapesanan.
Sertai Aktiviti Pasaran
Jika anda berniaga di pasaran dalam talian, pastikan anda menyertai aktiviti promosi untuk mendapatkan pendedahan yang berharga.
Pasaran seperti Grab, Shopee dan Zalora sentiasa melancarkan kempen promosi di sekitar acara perayaan seperti Raya. Pasaran ini mempunyai jankauan yang besar dan boleh menarik pelanggan baharu untuk membeli produk anda.
Salah satu faedah menyertai promosi pasaran ialah mereka biasanya akan membimbing anda, menyediakan strategi dan menjalankan kempen untuk anda. Pada masa yang sama, anda boleh menggunakan analitis atau cerapan daripada kempen untuk menambah baik tawaran masa hadapan.
Cipta Kotak Hadiah
Salah satu adat Raya adalah tentang memberi kembali kepada komuniti dan orang di sekeliling anda. Atas sebab ini, terdapat permintaan untuk kotak hadiah atau hamper yang pelanggan anda boleh beli untuk dihantar kepada orang tersayang.
Anda boleh memilih untuk menyediakan kotak hadiah dengan makanan sahaja atau memasukkan barangan lain juga! Kuih Raya, serunding dan dodol merupakan barangan tradisional yang biasa dihadiahkan pada bulan Ramadan. Peruncit biasanya tidak hanya masukkan satu jenis produk, tetapi, mereka menggabungkan produk tradisional ini bersama beberapa produk mereka sendiri untuk menyusun kotak hadiah yang sempurna.
Pembungkusan yang menarik juga menjadi trend kebelakangan ini, seperti kotak hadiah yang kelihatan seperti rumah kampung dan almari! Menggunakan cetakan batik sebagai pembungkusan ialah satu lagi cara untuk menambah ciri tradisional kepada kotak hadiah.
Gunakan Kata Kunci Perayaan
Anda perlu menarik perhatian pengguna, tetapi ia bukan mudah kerana banyak perniagaan mempromosikan pada masa yang sama. Satu cara untuk mendedahkan perniagaan anda di dalam talian adalah dengan menggunakan kata kunci teratas.
Pelanggan dapat mencari perniagaan anda dengan lebih mudah jika anda menggunakan kata kunci yang betul boleh meningkatkan kebolehtemuan dalam talian.
Kata kunci perayaan yang harus disertakan dalam pemesejan pemasaran anda ialah:
- “Set Buka Puasa”
- “Bufet Ramadhan”
- “Istimewa Iftar”
- “Tawaran Ramadan”
- “Jom Berbuka”
- “Menu Berbuka Puasa”
- “Bersedia Untuk Raya”
Matlamat di sini adalah untuk memasukkan perkataan yang pelangga anda pasti akan mencari, sama ada barangan makanan atau lain-lain. Gunakan alat SEO seperti Semrush atau Moz untuk mengesahkan kata kunci teratas dalam talian.
Lebih Banyak Peluang di Hari Raya 2022
Selepas dua tahun terkurung, Hari Raya 2022 bakal menjadi perayaan yang besar. Ini bermakna lebih ramai pengguna akan membeli-belah dan terdapat peluang yang besar untuk peruncit mendapat keuntungan jika mereka bersedia dengan baik.
Pergi ke Dropee untuk tawaran terbaik Ramadan dan Hari Raya 2022!
0 Comments