Tahniah! Anda telah berjaya melancarkan platform e-dagang B2B anda dan kini bersedia untuk menjalankan perniagaan dalam talian. Sekarang, anda perlukan strategi pemasaran yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan dalam talian anda dan mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Ia mungkin kelihatan mencabar untuk memulakan pemasaran dalam talian kerana terdapat pelbagai jenis alat yang boleh digunakan. Tetapi sekarang adalah masa terbaik untuk mencuba dan mengetahui strategi yang paling sesuai untuk perniagaan B2B anda.
Kami telah menyediakan panduan ringkas untuk pemasaran dalam talian, lengkap dengan tips yang akan membantu anda mengoptimumkan strategi pemasaran laman web anda, menarik pelanggan baharu dan mendapatkan lebih banyak jualan.
5 Strategi Pemasaran Dalam Talian Terbaik
#1 Gunakan Media Sosial
Media sosial ialah salah satu strategi pemasaran terbaik untuk meningkatkan kehadiran anda dalam talian dan berkomunikasi dengan pelanggan. Ia juga percuma! Inilah faedah menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan anda termasuk:
- Anda boleh berkongsi promosi baharu dan akan datang dengan pelanggan anda.
- Pelanggan mudah mencari anda dalam talian dan mendapatkan maklumat tentang perniagaan anda seperti lokasi, waktu buka, butiran hubungan dan banyak lagi.
- Berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan anda dan membina hubungan.
Media sosial merupakan satu alat yang serba boleh. Anda boleh menggunakannya untuk bereksperimen dengan format kandungan yang berbeza untuk mengembangkan kehadiran sosial anda. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan di Facebook dan Instagram.
Gunakan Kumpulan Facebook Untuk Meningkatkan Kesedaran Perniagaan Anda secara Organik
Kumpulan Facebook ialah komuniti dalam talian yang membolehkan orang ramai berbincang dan bertukar-tukar idea mengenai topik tertentu.
Menyertai kumpulan Facebook adalah percuma. Anda bukan sahaja akan mempunyai akses kepada bakal pelanggan tetapi juga mendapat peluang untuk berkenalan dengan ahli lain, berkongsi maklumat tentang perniagaan anda, dan memberikan lebih nilai kepada bakal pelanggan.
Manfaatkan kumpulan Facebook sepenuhnya dengan:
- Mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan dan memberikan nasihat atau cadangan dalam bidang kepakaran anda.
- Menyiarkan semula kandungan yang berkaitan dari halaman Facebook atau web anda sendiri yang akan membantu menyelesaikan masalah ahli kumpulan Facebook.
- Membuat siaran media sosial mengenai subjek yang relevan dan menarik untuk ahli kumpulan Facebook.
Sebelum menyertai kumpulan Facebook, anda patut mengoptimumkan dahulu halaman Facebook anda untuk bakal pelanggan. Berikut ialah beberapa tips berguna:
- Elakkan menggunakan profil peribadi Facebook dan bina halaman perniagaan untuk meningkatkan kredibiliti anda.
- Gunakan logo syarikat anda sebagai foto profil anda dan pastikan anda menggunakan imej berkualiti tinggi.
- Optimumkan bahagian “Perihal” dalam halaman Facebook anda, pastikan maklumat yang anda berikan adalah terperinci dan mudah difahami.
- Pastikan anda membalas mesej dengan cepat untuk mendapatkan lencana “sangat responsif kepada mesej” yang akan dipaparkan pada profil anda.
Data yang dikumpul di Facebook Malaysia menunjukkan bahawa waktu terbaik untuk menerbitkan siaran termasuk hari Rabu dari 11 pagi hingga 2 petang, dan Selasa hingga Khamis antara 8 pagi hingga 3 petang.
Berhubung dengan Pelanggan Anda melalui Instagram Reels
Fungsi Reels dalam aplikasi Instagram ialah cara terbaik untuk meningkatkan pemasaran dalam talian anda. Anda boleh menggunakan fungsi Reels untuk mencipta video pendek yang menyeronokkan dan interaktif untuk berhubung dengan bakal pelanggan.
Perniagaan B2B boleh menggunakannya untuk mendapatkan maklum balas, menjana buzz untuk tawaran masa terhad, mempromosikan produk baharu dan membuat pengumuman penting.
Setiap Reel mempunyai had masa 60 saat dan anda boleh menggunakan Instagram Insights untuk menjejaki metrik prestasi Reels anda seperti bilangan Accounts Reached dan Plays.
Accounts Reached merujuk kepada bilangan akaun unik yang melihat video anda, manakala Plays merujuk kepada jumlah tontonan video anda.
Berikut ialah beberapa cara untuk memaksimumkan Reels anda:
- Gunakan hashtag untuk mendapatkan lebih banyak penonton.
- Tag Reel anda dengan Location Sticker supaya pelanggan tahu dimana untuk mencari anda. Location Sticker juga boleh mengembangkan jangkauan anda melebihi senarai pengikut sahaja.
- Jadikan Reels anda lebih interaktif dengan menggunakan Stickers Instagram. Poll dan Question Stickers bagus untuk menjana input dan maklum balas. Kedua Stickers juga merupakan cara untuk mengetahui tentang kehendak dan keperluan khalayak anda.
- Uji pilihan audio yang berbeza. Anda boleh menggunakan audio asal daripada video anda, alih suara atau trek audio yang disimpan seperti dalam contoh di bawah daripada Oh Cha Matcha :
Selain mempunyai laman web anda sendiri, media sosial adalah platform yang sangat berkesan untuk menjual barangan anda. Ketahui tentang kebaikan dan keburukan setiap saluran dalam e-buku kami.
#2 Fokus Pada SEO Anda
Salah satu teknik utama dalam strategi pemasaran kandungan ialah penciptaan kandungan dalam pelbagai format (seperti artikel blog, video dan siaran media sosial) dan mengedarkannya dalam talian.
Anda boleh bercakap tentang produk anda secara semula jadi dan merangsang minat di kalangan khalayak sasaran anda dengan kandungan yang hebat. Salah satu elemen terpenting untuk pemasaran kandungan yang baik ialah SEO.
Berikut ialah lima petua SEO penting untuk dimasukkan ke dalam strategi anda:
- Gunakan keywords atau kata kunci dalam kandungan anda. Mulakan dengan penyelidikan kata kunci menggunakan alat seperti AHREFS atau SEMRush untuk mengenal pasti kata kunci dan frasa yang pengguna anda cari dalam talian. Kemudian, pastikan anda menggunakan kata kunci ini ke dalam kandungan anda untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dan membantu pelanggan mencari anda di Google.
- Optimumkan imej anda. Imej yang terlalu besar boleh memperlahankan kelajuan laman web anda, jadi gunakan perisian pemampat imej seperti TinyPNG untuk mengurangkan saiz fail sebelum memuat naiknya ke laman web anda.
- Optimumkan kelajuan laman web anda. Salah satu aduan tebesar daripada pelanggan dalam talian ialah laman web yang mengambil masa yang lama untuk dimuat turun. Gunakan alatan seperti Page Speed Insights percuma Google yang akan menganalisis dan mendiagnosis sebab di sebalik kelajuan laman web anda.
- Dapatkan backlinks atau pautan balik daripada laman web berkuasa tinggi. Pautan balik adalah hiperpautan dari satu laman web ke laman web yang lain. Laman web berkuasa tinggi pula adalah laman web yang dipercayai oleh enjin carian dan pengguna. Jika tapak web anda mempunyai bilangan pautan balik yang mencukupi, ia memberi isyarat kepada Google bahawa laman web anda juga berkualiti tinggi dan akan membantu meningkatkan kedudukan anda.
- Gunakan pautan dalaman untuk memautkan halaman yang berbeza di tapak web anda kepada satu sama lain. Amalan SEO yang baik ialah memautkan halaman berprestasi terbaik anda ke halaman yang memerlukan rangsangan. Pautan dalaman juga akan membimbing Google untuk memahami kandungan anda dengan lebih baik dan boleh meningkatkan kedudukan laman web anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak idea tentang cara meningkatkan SEO tapak web anda, muat turun e-buku kami.
#3 Gunakan Pemasaran E-mel
Juga dikenali sebagai surat berita, pemasaran e-mel ialah salah satu saluran paling berkesan untuk mningkatkan hasil. Ia merupakan strategi pemasaran yang kos efektif untuk anda berkomunikasi dengan pelanggan anda pada bila-bila masa. Anda hanya perlu mendaftar dengan penyedia perkhidmatan pemasaran e-mel seperti Mailchimp dan anda akan mempunyai akses kepada semua alatan yang anda perlukan untuk mencipta, menjadualkan dan menghantar kandungan anda.
Tiga jenis e-mel yang paling kerap anda akan hantar ialah:
E-mel Sambutan
Tetapkan nada jenama anda dengan e-mel sambutan. Ini adalah peluang yang hebat untuk memperkenalkan jenama anda kepada pelanggan baharu dan menceritakan serba sedikit tentang diri anda. Biarkan mereka mengenali anda dengan memberikan maklumat bersaiz kecil tentang jenama dan produk anda. Anda juga boleh memberi kod diskaun untuk pelanggan baharu untuk menarik minat mereka.
E-mel Kemas Kini Produk
Ingin menambahkan ciri baharu pada laman web anda? Gunakan ini untuk memberitahu pelanggan anda bila mereka boleh menjangkakan peningkatan. Pastikan e-mel ini ringkas dan mudah kerana ia tidak menarik seperti e-mel promosi. Untuk jenis e-mel ini, pastikan anda mempunyai subjek e-mel yang jelas, penerangan ringkas dan visual yang mempamerkan kemas kini atau ciri dan cara pelanggan boleh menggunakannya.
E-mel pengumuman produk atau perkhidmatan baharu
Ada produk atau perkhidmatan baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi? Ini ialah e-mel yang akan anda gunakan untuk menerangkan dan mempromosikannya kepada pengguna anda. Pastikan pautan CTA (Call to Action) anda kelihatan dengan jelas dan kandungan e-mel anda hendaklah menyampaikan dengan jelas nilai produk baharu anda. Anda juga boleh menawarkan kod promosi istimewa untuk mengiringi pelancaran produk dalam e-mel anda.
Ambil perhatian langkah-langkah penting ini:
- Bina senarai e-mel dan pastikan ia teratur. Senarai e-mel merujuk kepada bilangan orang yang melanggan surat berita anda. Setelah senarai anda telah berkembang, anda boleh menyusunnya mengikut kategori yang berbeza seperti demografi, sejarah pembelian, pilihan kemas kini e-mel dan banyak lagi. Langkah ini akan membantu anda mencipta lebih banyak mesej yang diperibadikan dan mengurangkan e-mel yang tidak dibuka atau diabaikan.
- Mempunyai seruan tindak (CTA) yang jelas untuk meningkatkan jumlah klik. Matlamatnya anda adalah untuk menukarkan pelanggan, jadi pastikan seruan tindak anda kelihatan jelas dalam mesej e-mel anda. Selebihnya, mesej anda harus membimbing mereka ke arah membuat seruan tindakan ini dan melawat laman web anda.
- Uji e-mel anda sebelum menghantarnya. Setiap mesej yang anda hantar harus berfungsi dengan betul dan boleh dilihat melalui pelbagai peranti. Jika e-mel anda mengandungi pautan yang tidak berfungsi, imej yang tidak dapat dimuat turun dan kesilapan ejaan atau tatabahasa, anda mungkin kehilangan bakal pelanggan. Anda boleh menghantar e-mel ujian kepada diri sendiri dan juga pekerja lain untuk melihat lebih banyak e-mel sebelum pengedaran.
- Ingat untuk memaut ke halaman media sosial anda supaya mudah untuk pelanggan berinteraksi dengan anda.
#4 Melaksanakan Program Rujukan Dalam Talian
Pelanggan berkemungkinan empat kali lebih besar untuk membuat pembelian apabila mereka dirujuk oleh rakan. Inilah sebabnya program rujukan sering digunakan sebagai strategi pemasaran untuk meninggikan kesedaran jenama dan dari mulut ke mulut yang positif.
Tetapi apakah program rujukan? Ia merupakan satu inisiatif yang direka oleh perniagaan untuk memberi insentif kepada pelanggan sedia ada untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan perniagaan kepada kenalan mereka untuk menukarkan pelanggan baharu. Insentif selalunya disediakan dalam bentuk ganjaran, diskaun dan banyak lagi, dan diberikan kepada pelanggan sedia ada dan baharu selepas pelanggan tersebut membuat pembelian.
Berikut ialah beberapa cara untuk bermula:
- Gunakan templat rujukan pelanggan percuma untuk memulakan program rujukan anda. Templat percuma boleh melengkapkan anda dengan garis panduan yang jelas tentang cara untuk bermula. Ia memberi anda idea tentang cara membuat permintaan e-mel rujukan, e-mel susulan dan kandungan yang menerangkan program rujukan perniagaan B2B anda kepada pelanggan anda.
- Tentukan jenis insentif yang anda ingin berikan. Adakah anda ingin memberikan diskaun, memperuntukkan mata atau kredit, atau memberi hadiah percuma? Ketahui jenis insentif yang paling berkesan untuk pelanggan anda.
- Rancang bagaimana anda ingin mempromosikan program rujukan anda. Adakah anda mahu mempromosikan melalui surat berita? Artikel blog di laman web anda? Pengumuman di media sosial anda? Sediakan pelan promosi supaya anda boleh menggunakannya untuk berkongsi maklumat tentang program rujukan anda setelah ia disiarkan secara langsung.
Sumber tambahan ini juga berguna untuk menyediakan dan menyebarkan berita tentang program rujukan anda:
- E-mel untuk memaklumkan pelanggan anda tentang program rujukan.
- Halaman pendaratan yang menerangkan program rujukan dan menyediakan tempat untuk pelanggan anda memasukkan butiran rujukan mereka.
- Skrip untuk pasukan sokongan pelanggan anda untuk menjawab pertanyaan dan isu mengenai program rujukan anda.
- Kit yang boleh dimuat turun mengandungi maklumat untuk dikongsi oleh pelanggan anda dengan kenalan mereka, termasuk sumber seperti testimoni, panduan pengguna dan video tentang cara perniagaan anda berfungsi dan cara pelanggan baharu boleh menghubungi anda.
#5 Dapatkan Lebih Ramai Pelanggan dengan Google My Business
Pelanggan adalah 70% lebih berkemungkinan untuk melibatkan diri dengan perniagaan yang mempunyai penyenaraian Google My Business dan dua kali lebih mungkin mempercayai mereka.
Anda boleh meningkatkan kehadiran dalam talian anda dengan pantas dan mudah melalui Google My Business. Ia merupakan alat yang akan mempamerkan perniagaan anda dalam halaman hasil carian Google apabila orang mencari anda dalam talian. Ia juga percuma! Anda hanya perlu mendaftar dan ikuti langkah berpandu pada halaman untuk menyiarkan perniagaan anda.
Penyenaraian di Google My Business bukan sahaja akan memberikan pelanggan anda maklumat hubungan dan waktu perniagaan. Anda juga boleh mengembangkannya untuk memegang maklumat seperti waktu sibuk, membalas ulasan dan mesej, menyiarkan kemas kini tentang tawaran dan acara serta memaklumkan cara pelanggan boleh mencari dan berinteraksi dengan perniagaan anda.
Tingkatkan Potensi Jualan Anda dengan Dropee
Strategi pemasaran dalam talian akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak perniagaan mula menjadi digital. Memulakan pemasaran dalam talian adalah menakutkan jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini. Tetapi mempunyai asas yang kukuh akan membantu anda berkembang lebih cepat.
Bagi PKS di Malaysia, e-buku percuma Dropee dipenuhi dengan maklumat dan idea yang direka untuk membimbing anda melalui setiap aspek perjalanan pendigitalan anda.
Muat turun e-buku Dropee sekarang untuk mendapatkan petua mengurangkan kos operasi dan strategi pemasaran dalam talian terbaik.
0 Comments